sjkcbkf.zoom-a.com

福隆港华文小学

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) BUKIT FRASER

JALAN PADANG, 49000 BUKIT FRASER, HULU SELANGOR.

Tel : 09-3622390, Faks : 09-3622390
e-mel : sjkc_bukitfraser@yahoo.com

| LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | LOGO SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | PIBG | KURIKULUM | KOKURIKULUM | AKTIVITI |

SEIMBAS SEJARAH SEKOLAH





          Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Bukit Fraser terletak di Jalan Padang, Bukit Fraser. Bukit Fraser merupakan pusat peranginan bukit yang terletak lebih kurang 40 km dari Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor dan juga dari Raub, Pahang. Kedudukan pusat peranginan ini adalah 1524 m dari aras laut. Rumah-rumah penginapan di sini berwarna seakan-akan batu granit dan dibina di tengah-tengah taman bunglo ala-Inggeris.

          Pada zaman penjajahan British (1938), penduduk-penduduk di sekitar Bukit Fraser telah menyedari bahawa bilangan kanak-kanak yang patut menerima pendidikan awal adalah lebih kurang 20 orang. Dengan itu, sebuah sekolah telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan semasa. Pada mulanya, sekolah ini merupakan sebuah rumah atap dan mempunyai dua orang guru yang menjalankan pengajaran dalam subjek Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.

          Pada tahun 1941, sekolah terpaksa diberhentikan akibat pencetusan Perang Dunia Kedua dan dibuka semula pada 1945. Ketika itu, bilangan penduduk telah bertambah. Pada bulan November tahun 1945, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menguruskan masalah pendidikan kanak-kanak di sini. Jadi, Encik Chew Seng Yim telah dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Sekolah.

Atas usaha beliau dan penduduk tempatan, sekolah telah dimulakan di sebuah bangunan yang mempunyai 3 buah bilik darjah (Kini telah menjadi bangunan MCA Bukit Fraser). Pada masa itu, bilangan murid adalah lebih kurang 120 orang dan mempunyai 3 orang guru. Guru Besar pada masa itu ialah Encik Leong Cheng Chuan dan nama sekolah pada ketika itu ialah “Chong Hwa School”. Pada tahun 1946 hingga 1982, sekolah ini adalah bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Pahang. Bermula dari tahun 1983 hingga kini, sekolah ini telah bertukar ke pentadbiran Jabatan Pelajaran Selangor.

          Pada bulan April 1964, tanah runtuh yang serius di kawasan berhampiran sekolah berlaku. Perkara ini telah mengancam keselamatan murid-murid. Maka, sekolah terpaksa ditutup sekali lagi selama 2 minggu. Selepas itu, pihak sekolah telah menyewa sebuah bangunan sementara yang bernama Banglo Sayang sebagai sekolah sementara. Pada tahun 1967, dengan kerjasama daripada Yang Berhormat Encik Lee Siok Yew Timbalan Menteri Pelajaran, sekolah yang ada pada hari ini telah dibina oleh kerajaan dan dibuka rasmi oleh Yang Berhormat Encik Lee Siok Yew pada 28.06.1968.

          Sampailah kini, ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta. 


                                                          
                                                        



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: